Rendang
adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu
sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan,
lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan
sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang,
nasi,
pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atauketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.
Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah
daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat
popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada
kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa
selamat, kenduri harijadi dan sebagainya.
Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak
Wednesday, 7 November 2012
Wednesday, 24 October 2012
Makanan Malaysia
Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Makanan-makanan
tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini
telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia.
|
Makanan ruji
Beras dan mee merupakan makanan
harian kebanyakan rakyat Malaysia. Mungkin sebilangan kecil turut mengamalkan makanan
berasaskan tepung gandum seperti roti canai, lempeng dan kuih-muih. Terdapat
juga masyarakat yang menggunakan sagu sebagai makanan utama mereka.
Daging
Ayam dan lembu merupakan sumber
daging utama walaupun ramai rakyat Malaysia gemar makan ikan dan kambing.
Jenis makanan
Makanan Melayu
- Rendang
- Ketupat
- Nasi impit
- Lontong
- Karipap
- Nasi
lemak
- Laksa
- Nasi
kerabu
- Nasi Minyak
- Nasi Hujan Panas
- Ayam Percik
Makanan Cina
Makanan India/Mamak
Lain-lain
- Makanan Baba Nyonya
- Makanan Masyarakat Chetty
- Makanan Kaum Iban
- Makanan Kaum Kadazan-Dusun
- Makanan umum Melanau
Sunday, 21 October 2012
Pengenalan Kepada Makanan
Makanan merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna, biasanya
terdiri dari karbohidrat, lemak,
air dan/atau protein, yang boleh dimakan
atau diminum oleh manusia dan
haiwan untuk mendapat nutrien dan/atau nikmat [1].
Kebanyakan budaya mempunyai masakan tersendiri:
tradisi dan cara memasak khas, keutamaan
dan amalan. Kajian mengenai ini dinamakan gastronomi [2]. Kajian mengenai makanan pula dipanggil sains makanan.
Sumber makanan
Hampir semua makanan berasal dari tumbuhan atau haiwan. Dan boleh dikatakan hampir semua
benda hidup pernah dijadikan makanan, sama ada untuk dimakan sebagai diet atau upacara amal
oleh manusia.
Rujukan
1.
↑ McGee, Harold
(16 November 2004).
On Food and Cooking: The Science and Lore of the Kitchen,
pp. 792-793, Simon and
Schuster. ISBN 0-684-80001-2.
2.
↑ Mead, Margaret
(5 Ogos 1997).
"The Changing Significance of Food".
In Carole Counihan and Penny Van Esterik (Ed.), Food and Culture: A Reader, pp. 11-19.
Routledge (UK), ISBN 0-415-91710-7.
Subscribe to:
Posts (Atom)

