Karipap merupakan sejenis makanan
yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada
inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya
inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan
dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa.
Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap,
dikenali sebagai temosa.
Di Johor, karipap lebih
dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry
puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya
seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry
puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan
dipanggil kelim.
Kuih karipap juga
merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.Biasanya ia di
sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih
ceria.
Jenis karipap
Karipap daging
Karipap daging merupakan
karipap berinti daging dari lembu dengan kentang. Karipap jenis ini
merupakan inti karipap yang paling banyak dibuat di Malaysia. Pastri atau kulit
karipap ini sama seperti karipap kentang. Inti kentang berlada hitam lebih enak
dibuat dengan daging.
Karipap ayam
Inti karipap ini ialah daging ayam
bersama ubi kentang. Penggunaan bahan perasa serbuk kari
lebih bersesuaian dengan daging ayam. Ia juga, merupakan pilihan karipap yang
sering dimakan sebagai sarapan mahupun di kala waktu petang.
Temosa/Karipap ikan
Temosa atau karipap ikan
dibuat sama seperti karipap lain, tetapi ia mempunyai inti asas yang diperbuat
daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda. Rasanya
lebih lemak dan tidak pedas.Terkenal di Pahang
Karipap sardin
Karipap sardin merupakan
karipap berinti ikan sardin dalam tin yang
kerap digunakan sebagai inti karipap ini di Malaysia. Pastri atau kulit karipap
ini sama seperti karipap kentang mahupun karipap daging. Bagi membezakan
karipap jenis ini dicam atau dikenalpasti, kebanyakkan karipap sardin dibuat
berbentuk jenis panjang atau pun bulat berbeza dengan karipap biasa yang
berbentuk setengah bulat.
Karipap pusing
Karipap pusing merujuk kepada
kulit yang digunakan bagi menghasilkan karipap itu. Kulit karipap ini digelek
berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak berlapis-lapis yang cantik dan lebih
garing.Karipap ini juga lebih sedap berbanding karipap yang lain kerana
kulitnya yang lebih garing.Intinya dari keledek atau kentang dan bahan perasa
dari serbuk kari.
Karipap mini
Karipap ini bersaiz kecil dari
karipap yang ada. Kebanyakkan isi karipap ini diisi dengan serunding ikan.
No comments:
Post a Comment