Wednesday, 24 October 2012

Makanan Malaysia

 
Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia.

    •  

Makanan ruji
Beras dan mee merupakan makanan harian kebanyakan rakyat Malaysia. Mungkin sebilangan kecil turut mengamalkan makanan berasaskan tepung gandum seperti roti canai, lempeng dan kuih-muih. Terdapat juga masyarakat yang menggunakan sagu sebagai makanan utama mereka.
 
Daging
Ayam dan lembu merupakan sumber daging utama walaupun ramai rakyat Malaysia gemar makan ikan dan kambing.
 
Jenis makanan
Makanan Melayu
  1. Rendang
  2. Ketupat
  3. Nasi impit
  4. Lontong
  5. Karipap
  6. Nasi lemak
  7. Laksa
  8. Nasi kerabu
  9. Nasi Minyak
  10. Nasi Hujan Panas
  11. Ayam Percik
Makanan Cina
  1. Char Kuey Teow
  2. Mee Hoon goreng
  3. Pau
  4. Kuih Bulan
Makanan India/Mamak
  1. Nasi Kandar
  2. Roti canai
  3. Roti telur
  4. Roti tosai
  5. Nasi briyani
  6. Roti Boom
Lain-lain
  1. Makanan Baba Nyonya
  2. Makanan Masyarakat Chetty
  3. Makanan Kaum Iban
  4. Makanan Kaum Kadazan-Dusun
  5. Makanan umum Melanau

Sunday, 21 October 2012

Pengenalan Kepada Makanan



Makanan merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna, biasanya terdiri dari karbohidrat, lemak, air dan/atau protein, yang boleh dimakan atau diminum oleh manusia dan haiwan untuk mendapat nutrien dan/atau nikmat [1].

Kebanyakan budaya mempunyai masakan tersendiri: tradisi dan cara memasak khas, keutamaan dan amalan. Kajian mengenai ini dinamakan gastronomi [2]. Kajian mengenai makanan pula dipanggil sains makanan.

Sumber makanan

Hampir semua makanan berasal dari tumbuhan atau haiwan. Dan boleh dikatakan hampir semua benda hidup pernah dijadikan makanan, sama ada untuk dimakan sebagai diet atau upacara amal oleh manusia.

Rujukan


2.      Mead, Margaret (5 Ogos 1997). "The Changing Significance of Food". In Carole Counihan and Penny Van Esterik (Ed.), Food and Culture: A Reader, pp. 11-19. Routledge (UK), ISBN 0-415-91710-7.